Index» » » » » » » Satelit GOCE Akan Jatuh Ke Bumi

Satelit GOCE Akan Jatuh Ke Bumi

Sabtu, 15 Februari 2014


Sebuah satelit yang berfungsi khas untuk mengukur tahap kekuatan graviti bumi sejak tahun 2009 telah kehabisan bahan api semalam dan ia akan jatuh ke bumi dalam masa tiga minggu.

Menurut Agensi Angkasa Lepas Eropah (ESA), keseluruhan satelit itu akan hancur terbakar sebaik memasuki atmosfera bumi.

Pakar satelit berkata orang ramai tidak menanggung risiko besar tercedera terkena serpihan satelit berkenaan Peninjau Peredaran Graviti Lautan (GOCE) yang jatuh nanti, bagaimanapun di mana dan pada bila ia akan jatuh masih belum diketahui.

Menurut Pengurus misi GOCE Rune Floberghagen, satelit seberat 1 tan itu membawa kir-kira 41 kilogram bahan api kehabisan tenaga pada pukul 3.20 pagi.

“Kami menjangkakan ia akan mengambil masa kurang dari dua minggu tetapi tidak lebih dari tiga minggu untuk satelit berkenaan kembali memasuki bumi,” katanya.

GOCE dilancarkan ke orbit pada Mac 2009 pada ketinggian 260 kilometer dan kemudian diturunkan ke ketinggian 224 kilometer dari permukaan bumi, satu ketinggian paling rendah bagi sebuah satelit penyelidikan.

Misi yang menelan belanja €350 juta Euro kira-kira RM15.22 bilion itu telah beroperasi lebih lama daripada apa yang dijangkakan iaitu kira-kira 20 bulan.

“Fungsi utama untuk memetakan graviti bumi sudah pun berhenti berfungsi, bagaimanapun fungsi lain masih beoperasi dan satelit itu masih mengumpulkan data untuk kira-kira dua minggu lagi,” kata Floberghagen.



Tidak ada komentar:

Posting Komentar