Tampilkan postingan dengan label akan. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label akan. Tampilkan semua postingan

Mantan Tentera Inggeris akan Dilatih Menjadi Guru

Minggu, 16 Maret 2014

  detikNews
Tentara Inggris
Mantan tentera akan menjalani  latihan guru selama dua tahun.

Mantan personel angkatan bersenjata Inggeris yang tidak mengantongi ijazah sarjana akan dilatih menjadi guru dalam program baru pemerintah.

Menurut Kementerian Pendidikan, mantan tentera tanpa ijazah sarjana "merupakan satu-satunya orang yang boleh mengikuti  latihan untuk menjadi guru dan kemudian memenuhi syarat dalam waktu dua tahun".

Seperti dilaporkan oleh wartawan BBC masalah pendidikan Judith Burns, skema The Troops to Teachers akan membantu mantan personel tentera "sangat terampil" untuk menjadi guru dalam waktu dua tahun.

Seorang pegawai Kementerian Pendidikan David Laws mengatakan mantan anggota angkatan bersenjata ini akan menjadi guru yang hebat.

"Kita ingin menangkap etos dan bakat mereka yang meninggalkan angkatan bersenjata dan membawa pengalaman tersebut ke pendidikan," kata Laws.
Read More..

Satelit GOCE Akan Jatuh Ke Bumi

Sabtu, 15 Februari 2014


Sebuah satelit yang berfungsi khas untuk mengukur tahap kekuatan graviti bumi sejak tahun 2009 telah kehabisan bahan api semalam dan ia akan jatuh ke bumi dalam masa tiga minggu.

Menurut Agensi Angkasa Lepas Eropah (ESA), keseluruhan satelit itu akan hancur terbakar sebaik memasuki atmosfera bumi.

Pakar satelit berkata orang ramai tidak menanggung risiko besar tercedera terkena serpihan satelit berkenaan Peninjau Peredaran Graviti Lautan (GOCE) yang jatuh nanti, bagaimanapun di mana dan pada bila ia akan jatuh masih belum diketahui.

Menurut Pengurus misi GOCE Rune Floberghagen, satelit seberat 1 tan itu membawa kir-kira 41 kilogram bahan api kehabisan tenaga pada pukul 3.20 pagi.

“Kami menjangkakan ia akan mengambil masa kurang dari dua minggu tetapi tidak lebih dari tiga minggu untuk satelit berkenaan kembali memasuki bumi,” katanya.

GOCE dilancarkan ke orbit pada Mac 2009 pada ketinggian 260 kilometer dan kemudian diturunkan ke ketinggian 224 kilometer dari permukaan bumi, satu ketinggian paling rendah bagi sebuah satelit penyelidikan.

Misi yang menelan belanja €350 juta Euro kira-kira RM15.22 bilion itu telah beroperasi lebih lama daripada apa yang dijangkakan iaitu kira-kira 20 bulan.

“Fungsi utama untuk memetakan graviti bumi sudah pun berhenti berfungsi, bagaimanapun fungsi lain masih beoperasi dan satelit itu masih mengumpulkan data untuk kira-kira dua minggu lagi,” kata Floberghagen.
Read More..