Index» » » » » » 30 000 Kanak Kanak Disuntik Vaksin

30 000 Kanak Kanak Disuntik Vaksin

Sabtu, 22 Februari 2014


Tacloban – Satu program menyuntik vaksin dilancarkan membabitkan penduduk Filipina di kawasan terjejas dengan Taufan Haiyan.

Ia bertujuan melindungi kanak-kanak daripada demam campak dan polio, kata agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, semalam.

Kempen bermula minggu ini dengan 30,000 kanak-kanak diberikan suntikan vaksin di bandar Tacloban.

Bandar itu adalah satu daripada kawasan yang teruk terjejas selepas Haiyan meragut beribu-ribu nyawa hampir tiga minggu lalu, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF).

Kanak-kanak Tacloban memerlukan semua perlindungan yang boleh diberi sekarang ini, kata koordinator kecemasan UNICEF, Angela Kearney dalam satu kenyataan bersama.

Pemangsa senyap

Penyakit adalah pemangsa senyap tetapi kita tahu bagaimana untuk menghalangnya dan kita akan lakukan apa saja yang mampu.

Ketua pasukan program imunisasi Filipina WHO, Sigrun Roesel berkata kadang kala keadaan sesak dan tanpa kebersihan di pusat pemindahan berpotensi untuk menjadi tempat pembiakan penyakit.

Demam campak adalah penyakit berbahaya kepada kanak-kanak kerana mangsa boleh diserang radang paru-paru dan mati akibatnya terutama jika mereka kekurangan zat makanan, kata Roesel.

Katanya virus demam campak menjadi kebimbangan utama kerana ia boleh dipindahkan dengan mudah melalui batuk dan selsema.

Roesel berkata Filipina mempunyai kes polio terakhirnya pada 1993.- AFP



Tidak ada komentar:

Posting Komentar