Index» » » » » » » Toyota Panggil Balik 885 000 Kenderaan

Toyota Panggil Balik 885 000 Kenderaan

Kamis, 26 Desember 2013


WASHINGTON – Toyota hari ini memanggil balik 885,000 unit kenderaannya bagi membaiki masalah pendingin udara yang boleh menyebabkan kebocoran kepada beg udara.

Toyota berkata, model yang terbabit ialah pembuatan tahun 2012 dan 2013 iaitu Camry, Camry Hybrid, Avalon, Avalon Hybrid, dan Venza.

Kebanyakan model berkenaan adalah di Amerika Syarikat (803,000) manakala 15,000 unit lagi di Asia Barat dan 1,600 lagi di Eropah.

Syarikat pembuat kereta Jepun itu berkata, masalah yang dikesan ialah pada unit penutup kondenser pendingin udara di kenderaan.

Air dari penutup pendingin boleh bocor dan memasuki beg udara dan jika ia berlaku boleh menyebabkan litar pintas dan beg udara gagal berfungsi.



Tidak ada komentar:

Posting Komentar