Tampilkan postingan dengan label kanak. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label kanak. Tampilkan semua postingan

30 000 Kanak Kanak Disuntik Vaksin

Sabtu, 22 Februari 2014


Tacloban – Satu program menyuntik vaksin dilancarkan membabitkan penduduk Filipina di kawasan terjejas dengan Taufan Haiyan.

Ia bertujuan melindungi kanak-kanak daripada demam campak dan polio, kata agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, semalam.

Kempen bermula minggu ini dengan 30,000 kanak-kanak diberikan suntikan vaksin di bandar Tacloban.

Bandar itu adalah satu daripada kawasan yang teruk terjejas selepas Haiyan meragut beribu-ribu nyawa hampir tiga minggu lalu, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF).

Kanak-kanak Tacloban memerlukan semua perlindungan yang boleh diberi sekarang ini, kata koordinator kecemasan UNICEF, Angela Kearney dalam satu kenyataan bersama.

Pemangsa senyap

Penyakit adalah pemangsa senyap tetapi kita tahu bagaimana untuk menghalangnya dan kita akan lakukan apa saja yang mampu.

Ketua pasukan program imunisasi Filipina WHO, Sigrun Roesel berkata kadang kala keadaan sesak dan tanpa kebersihan di pusat pemindahan berpotensi untuk menjadi tempat pembiakan penyakit.

Demam campak adalah penyakit berbahaya kepada kanak-kanak kerana mangsa boleh diserang radang paru-paru dan mati akibatnya terutama jika mereka kekurangan zat makanan, kata Roesel.

Katanya virus demam campak menjadi kebimbangan utama kerana ia boleh dipindahkan dengan mudah melalui batuk dan selsema.

Roesel berkata Filipina mempunyai kes polio terakhirnya pada 1993.- AFP
Read More..

GAMBAR Suspek Rogol Kanak Kanak Lapan Tahun Diburu Sampai Ke Lapangan Terbang!

Senin, 23 Desember 2013



Mana kau nak lari!

Seorang suspek perogol anak tirinya yang  pada mulanya ‘lega’ dapat terlepas masuk ke perut pesawat, hanya mampu terdiam seribu bahasa kerana ditangkap sebaik saja tiba di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK), semalam.

Tangkapan sekitar jam 9 pagi itu dibuat sepasukan polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching susulan laporan polis yang diterima minggu lepas.

Suspek berusia 38 tahun itu dikatakan merogol mangsa yang berusia lapan tahun di kediaman mereka di kawasan BDC sekitar bulan lepas.

Difahamkan, suspek ke Sibu untuk melarikan diri.

Itulah kata orang, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.

Ingat, pelanduk mungkin lupakan jerat tapi jerat tak mungkin lupakan pelanduk!

sumber:
Read More..