Wujudkan dasar perumahan!, kata Anwar  
  • Laman mikro Twitter Anwar Ibrahim
< 1 / 1 >
SHAH ALAM - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan, dasar perumahan perlu diwujudkan bagi mengatasi kebimbangan rakyat yang tidak mampu membeli rumah.

"Perlu dasar perumahan!," katanya ringkas yang dipetik dari laman mikro Twitternya, sebentar tadi.

Beliau berkata demikian sebagai maklum balas laporan Sinar Harian hari ini berhubung kaji selidik harta rentas sempadan oleh iProperty Group.

Menurut kajian pemilik dan pengendali rangkaian laman sesawang harta utama Asia itu, pengguna di Malaysia, Indonesia, Hong Kong, dan Singapura sependapat bahawa kemampuan dan harga rumah semakin meningkat terus menjadi kebimbangan terbesar.

Kaji selidik itu melibatkan hampir 30,000 responden, kebanyakannya berusia antara 26 dan 50 tahun.

Ketua Pegawai Eksekutif iProperty Group, Shaun Di Gregorio berkata, tinjauan kaji selidik itu menunjukkan satu peratus daripada responden itu adalah pembeli rumah kali pertama di Malaysia, Indonesia dan Singapura.

“Faktor pertimbangan mereka apabila membuat keputusan membeli harta juga telah berubah, dengan lokasi mengatasi harga.

"Ini berbeza dengan enam bulan lepas.

“Di Malaysia, Indonesia dan Hong Kong, yang mendorong responden membeli harta ialah hasrat memiliki rumah sendiri, manakala responden Singapura menganggapnya sebagai pelaburan jangka panjang,” katanya ketika mengumumkan tinjauan kaji selidik itu, semalam.