Gempar terserempak bunian mandi

Senin, 10 Februari 2014


 TASIK Kenyir menjadi tempat tumpuan pemancing ikan toman, kelah dan sebarau.

 KEGILAAN kaki pancing terhadap hobi itu sudah lama diketahui. Mereka sanggup membelanjakan ribuan ringgit untuk membeli peralatan memancing sahaja.

Ada pula yang mengambil cuti selama berminggu-minggu semata-mata untuk mencari lubuk ikan.


Namun, di sebalik semua itu, cerita-cerita misteri sering melingkari kaki-kaki pancing tegar ini.
Jurnal minggu ini berkesempatan berbual-bual dengan beberapa kaki pancing mengenai kisah pelik yang pernah mereka alami.
Salah seorang daripada mereka ialah kartunis terkenal Ibrahim Anon, atau Ujang, 45.
Penggemar ikan kelah dan sebarau ini berkata dia pernah terserempak dengan harimau, gajah dan hampir dipatuk ular semasa memancing di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu.
“Saya akan memancing di sana setiap tahun. Ngauman harimau sudah biasa didengar.
“Jadi untuk mengelakkan daripada bertembung dengan haiwan pemakan daging itu, kami kumpulan pemancing bergerak perlahan-lahan ke tempat lain.
Harimau
“Pantang harimau ialah jangan diganggu,” kata Ujang yang kini mengusahakan perniagaan berbentuk penganjuran aktiviti memancing.
Ceritanya lagi, tindakan yang sama juga dilakukan jika ternampak kelibat gajah.
Menyentuh mengenai kejadian aneh, Ujang memberitahu dia tidak pernah mendengar suara misteri apatah lagi terserempak dengan bunian.
 UJANG hanya pernah terserempak kelibat gajah liar dan mendengar ngauman harimau.

 “Mungkin itu perasaan kita sahaja. Paling penting niat kita adalah untuk memancing, bukan ada tujuan lain,” tegasnya yang hampir lemas dalam satu kejadian bot terbalik di Sungai Tembeling, Pahang tetapi mujurlah dia pandai berenang.

Seorang lagi kaki pancing, Ku Ahmad Adzam Ku Saud, 33, yang berasal dari Alor Setar, Kedah, pernah berasa seperti ada orang menepuk bahu kanannya semasa memancing di Taman Negara, Kuala Tahan, Pahang.
“Namun, apabila menoleh, tiada siapa di belakang saya.
“Pada mulanya saya fikir itu hanyalah khayalan tetapi perkara itu berlaku berulang kali menyebabkan saya percaya ia perbuatan makhluk halus,” kata penggemar ikan sebarau dan toman ini.
Bicaranya lagi, kejadian itu menyebabkan dia ketakutan dan kembali ke khemah semula.
Ku Ahmad demam selama beberapa hari selepas peristiwa itu.
“Saya juga pernah melihat gadis bunian sedang mandi. Dia kelihatan seperti wanita biasa tetapi kulitnya lebih putih dan berwajah cantik.
“Saya cuma nampak muka dan tapak tangannya. Tetapi itu sudah cukup untuk membuatkan saya terpikat,” katanya tersenyum.
Bagi Mohd. Suhaimi Abdul Karim, 29, yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan, dia hampir lemas selepas bot yang dinaiki bersama rakan karam semasa memancing di Pulau Sembilan, Perak.
Kejadian itu berlaku lima tahun lepas.
“Bayangkan pada masa itu saya dan tujuh orang rakan lain tidak memakai jaket keselamatan.
“Kami hanya berpaut pada badan bot tersebut dari pukul 12 tengah malam hingga 6 pagi sebelum diselamatkan.
“Selepas peristiwa itu, saya tidak lagi pergi memancing di laut,” katanya yang memberitahu bot tersebut bocor sebelum tenggelam.
 Langsuir
 TAMAN Negara, Pahang didakwa kaki-kaki pancing mempunyai kisah pelik dan menyeramkan.

 Suhaimi juga mendakwa ternampak hantu langsuir semasa memancing di Taman Negara, Kuala Tahan.

“Ketika itu saya dan rakan-rakan berkhemah di hutan. Kami tidak nyenyak tidur kerana mendengar bunyi bising yang berulang kali.
“Namun, akhirnya mereka tertidur juga kerana terlalu penat kecuali saya.
“Saya sebaliknya keluar dari khemah untuk mencari arah bunyi tersebut.
“Sebaik sahaja dijumpai, saya terkejut kerana rupa-rupanya ada hantu langsuir sedang mengilai di atas sebatang pokok,” ceritanya.
Katanya lagi, hantu itu memakai pakaian putih, berambut panjang, matanya merah manakala giginya tajam.
“Akibat kejadian itu, saya demam panas selama beberapa hari,” ujarnya.
Mohd. Hanipah Wahi, 47, dari Sepang, Selangor pula menceritakan pengalamannya memancing di sebuah jeti lama di Bagan Datoh, Perak pada awal tahun 1990-an.
“Saya ke sana kerana rakan mengatakan kawasan itu terdapat banyak ikan. Jadi saya pergi seorang diri dengan menyewa sebuah bot.
“Hasil tangkapan cukup banyak tetapi apabila bercakap dengan orang kampung, mereka kata mereka tidak berani memancing atau menangkap ikan di situ kerana sering terserempak dengan hantu sungai,” katanya.

 BE SLEEK & COOL WITH A WHITE IPHONE 4! Be one of the cool ones by getting this amazing iPhone 4, in white! Yeah, we know, finally it has arrived. Be sure to match the right plan to your needs in order to fully utilise your sleek white cool iPhone 4. Get your friends on board.



Read More..

Dendang Perantau Selamat Berhari Raya khas untuk anda

Minggu, 09 Februari 2014

Salam 1 Malaysia,

Selamat hari Raya semua. Sambil beraya layan lagu jap.





Read More..

10 Air Terjun Tertinggi Di Dunia

Sabtu, 08 Februari 2014

10. Tyssestrengene (647 m)
Terletak di Odda, Norwegia, di sungai Tyssa

9. Lower Mar Valley (Østra Mardolafoss) 655 m
Terletak di eikesdal, Norwegia, di jeram Mardals


8. Espelands (Espelandsfoss) 703 m
Terletak di Fyord Hardanger, Norwegia, di sungai Opo

7. Pieman 715 m
Terletak di Taman nasional Alpine, Victoria Australia Anak sungai Pieman


6. Yosemite (739 m)
Terletak di Taman Nasional Yosemite, California, USA

5. Mutarazi (Mtarazi) 762 m
Terletak di Taman Nasional Nyanga, Zimbabwe, di sungai Mutarazi

4. Monge (Mongefoss) 774 m
Terletak di Marstein, Norwegia, di sungai Mongebeck


3. Utigord (Utigordsfoss) 800 m
Terletak di Norwegia, merupakan air terjun glasier.

2. Tugela (850 m)
Terletak di Taman Nasional Natal, sungai Tugela, Afrika Selatan


1. Angel (Salto Angel) 979 m
Terletak di Taman Nasional Canaima, Venezuela
 
sumber 
Read More..

Mesti baca Biarkan anakku tertawa sebelum tahu ibunya tiada

Jumat, 07 Februari 2014


Suatu petang ketika orang ramai sedang sibuk untuk segera pulang kerumah masing-masing setelah melakukan tugas pekerjaan merela, terlihat seorang bapak dengan 3 anaknya yang masih kecil sedang bermain-main.Mereka sedang menunggu datangnya bas yang sebentar lagi akan membawa mereka pulang.

Ketiga anak itu berusia antara 8,5 dan 3 tahun.Anak terkecil bagaikan seorang putri,ia begitu cantik dalam dakapan sang bapak.sedangkan kedua anak lainya yang lelakinya sedang asyik bermain kesana kemari.

Tibalah saatnya bas yang ditunggu datang.para penumpang pun seperti robot yang diperintahkan sama bergegas menuju pintu masuk kedalam bas,termasuk sang bapak dan ketiga-tiga anaknya.kemudian keluarga itu dapat duduk di kerusi yang disusun seperti kereta api .Lalu anak laki-lakinya beranjak dari kerusinya dan bermain sembunyi-sembunyi di celah-celah tubuh orang dewasa yang sebahagian besar mengisi ruang bas itu.mereka sambil berteriak gembira.

Terlihat beberapa penumpang yang wajahnya menjadi begitu muram.Mereka merasa tidak nyaman dengan keadaan itu.hingga akhirnya ada seorang penumpang lelaki yang terus menyatakan protesnya ke sang bapak,"Pak,tolong anaknya dilarang bermain,disini penumpang juga ingin tenang,sudah penat bekerja,kami terasa terganggu!!".Lalu sang bapak sambil menggendong putrinya pun menjawabnya dengan senyum,"Maaf ya encik?Ibu mereka baru saja meninggal tadi ini di hospital dan saya belum memberitahu hal ini ke mereka.Nanti sampai rumah saya akan mengatakannya,biarlah mereka merasakan kegembiraan yang menjadi hak mereka kerana saya merasa mereka akan banyak kehilangan kegembiraan setelah tahu bahwa ibu yang biasa mengasuh mereka dan menyayangi mereka setiap waktu sudah tidak bersama mereka lagi selamanya,,encik tidak keberatan kah,kalau mereka bermain sebentar saja di bas ini?".

Mendengar apa yang dikatakan sang bapak,sebahagian penumpang yang mendengarnya lalu terdiam dan merenung,termasuk lelaki yang baru saja memperotes dengan tegas .Tiba-tiba mereka teringat akan kasih sayang dan kesalahan yang pernah mereka perbuat kepada ibu mereka.
Diam-diam ada diantara mereka yang menggambil handphone di kocek seluarnya,lalu jari membuat baris kalimat "Ibu apa khabar?Besok pagi saya mahu pulang menjenguk ibu.maafkan segala kesalahan saya,ibu"
Kemudian dia mengirimkan sms itu ke nomBor ibunya,dan berharap dia masih diberi kesempatan untuk berjumpa dengan ibunya esok..

Kredit borakkosong
Read More..

Ketua Umno Bahagian Muar Umum Undur Diri

Kamis, 06 Februari 2014


MUAR – Ketua Umno bahagian Muar Datuk Mohd Ismail Mohd Shah mengumumkan pengunduran diri dari pimpinan bahagian bagi memberi peluang kepada pelapis muda memimpin bahagian itu.

Mengumumkan perkara itu di hadapan kira-kira 5,000 orang yang menghadiri majlis rumah terbuka Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim di Seri Menanti, di sini, malam tadi, Mohd Ismail mencadangkan Razali sebagai penggantinya.

Menurut Mohd Ismail, beliau bersedia untuk memberikan pandangan membina dalam membantu Razali yang dianggap sebagai adiknya sendiri sekiranya Anggota Parlimen Muar itu diberi peluang memimpin bahagian berkenaan kelak.

Mohd Ismail, 55, yang memimpin bahagian berkenaan bermula daripada Ketua Pemuda Umno sejak 23 tahun lepas berkata beliau mahu semua anggota Umno di bahagian tersebut menyokong penuh Razali pada pemilihan parti itu November depan.
Sementara itu, Razali yang terkejut dengan pengumuman tersebut dalam ucapannya menyifatkan Mohd Ismail sebagai seorang lagi pemimpin Johor yang sanggup melepaskan jawatan ketika berada di puncak.

“Beliau mengikut jejak langkah pemimpin sebelum ini termasuk Allahyarham Tun Dr Ismail, Tun Hussein Onn dan Tun Musa Hitam yang meletak jawatan ketika berada di puncak,” katanya.

Razali berkata beliau sedia bertanding jawatan Ketua Umno bahagian itu. – BERNAMA
Read More..

Tolong kami kekurangan makanan rayu mangsa banjir di Kuantan

Rabu, 05 Februari 2014

5 Dis 2013

Pihak berkuasa diminta mengambil tindakan untuk menghantar bantuan segera ke tempat yang dinaiki banjir di Kuantan ekoran dakwaan pelbagai kekurangan yang berlaku kepada mereka.

Antara laporan yang diterima The Malaysian Insider adalah bekalan makanan tidak cukup, kanak-kanak dan bayi menangis kesejukan manakala warga emas pula menggigil kerana terpaksa bertahan di dalam pusat pemindahan yang juga dimasuki air.

Sukarelawan pula tidak menang tangan apabila tempat penempatan banjir pun dinaiki air.


"Kami tak ada alternatif. Dia orang terpaksa bertahan dalam air. Kesian bayi dan warga emas la. Suasana gelap dan sejuk sangat malam ni.

“Bekalan air bersih pun kurang. Kami yang jadi sukarelawan ni petang tadi baru dapat makan sebab bekalan tak cukup," lapor seorang sukerelawan yang bertugas di Kuantan hari ini.

Yang lebih merisaukan mereka adalah banjir gelombang kedua yang dikatakan bakal datang.

"Info yang kami dapat gelombang kedua akan bermula malam ini," kata sukarelawan yang bertugas di Kuantan itu.

Gelombang kedua maknanya banjir akan naik lagi sekali. Petang ini, katanya, ada tempat air dah surut tetapi amaran gelombang kedua bermula malam ini.

Menurut beliau, Bukit Rangin, Kuantan ditenggelami air sepenuhnya.

Kawasan Sungai Isap, Jalan Gambang, Jalan Pekan, Permatang Badak dan Chendering adalah tempat yang paling teruk dilanda banjir kali ini.

"Sedih la tengok keadaan ni... sayu. Seharian kami tunggu bantuan tapi sampai sekarang belum ada lagi. Setakat petang tadi makan nasi kawah lauk ikan masin saja," katanya lagi.

Bagi beliau, ini adalah banjir besar yang teruk dengan kemusnahan harta benda besar besaran termasuk haiwan ternakan yang mati bergelimpangan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah meninggalkan Perhimpunan Agung Umno lebih awal untuk meninjau sendiri apa yang berlaku di sana menggunakan helikopter.

Beliau berjanji akan memberikan bantuan segera termasuk wang tunai untuk mangsa banjir kali ini.

Sementara itu, Sultan Terengganu, Tuanku Mizan Zainal Abidin juga melawat kawasan yang dilanda banjir di Kemaman.

Antaranya, baginda melawat sendiri jambatan yang runtuh akibat banjir kali ini.

Turut turun melawat mangsa banjir adalah para pemimpin PAS. Kebanyakan pemimpin Umno berada di Kuala Lumpur untuk menyertai Perhimpunan Agung Umno.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menaiki bot untuk melihat sendiri keadaan banjir di Kemaman.

Sumber

Read More..

Kreativitas pada elevator

Selasa, 04 Februari 2014































































Read More..