Tampilkan postingan dengan label yahudi. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label yahudi. Tampilkan semua postingan

Pendapatan Yahudi melebihi orang Islam

Rabu, 19 Februari 2014



Kajian terhadap umat Islam di 123 negara mendapati pendapatan perkapita mereka hanyalah RM6,536. Berbanding orang Yahudi di 113 buah negara, mencatatkan pendapatan perkapita RM61,180. Ini bermakna pendapatan perkapita orang Yahudi kira-kira sembilan kali ganda berbanding orang Islam.
Jadi, tidak menghairankan jika Yahudi dapat menguasai dunia. Kuasa kewangan yang mereka miliki boleh mempengaruhi politik dunia. Politik di Amerika Syarikat yang dianggap kuasa terkuat di dunia juga tidak dapat membebaskan diri daripada pengaruh politik Yahudi.
Kemelut inilah punca umat Islam ketinggalan dalam perlumbaan dengan penganut agama lain. Umat Islam mempunyai banyak sumber tenaga buruh. Jumlah umat Islam di seluruh dunia mencecah lebih 1.5 bilion orang.
Umat Islam berada hampir di seluruh dunia. Penduduk Islam di negara bukan Islam semakin bertambah. Di Britain dipercayai terdapat 1.3 juta umat Islam, Jerman (3.2 juta) dan Perancis (4.2 juta). Kadar pertambahan umat Islam lebih tinggi berbanding penganut agama lain.
Read More..

Iklan Yang Menyebabkan Kemarahan Orang Yahudi

Kamis, 19 Desember 2013


Iklan Yang Menyebabkan Kemarahan Orang Yahudi
Iklan Yang Menyebabkan Kemarahan Orang Yahudi - Selepas beberapa hari semenjak tersebarnya video yang dikatakan menghina Nabi Muhammad S.A.W ke seluruh dunia oleh puak-puak Yahudi ini, akhirnya mereka terpaksa berhadapan dengan apa yang umat Islam di dunia rasai selepas turut dihina dalam sebuah iklan oleh sebuah syarikat pembuat pil.
Gambar mengerikan mangsa kem tahanan rejim Nazi adalah mimpi buruk bagi sebahagian besar kaum Yahudi.
Namun, gambaran mengerikan itu justeru menjadi bahan jenaka sebuah surat kabar Estonia dengan menjadikannya sebuah iklan. Tidak hairanlah, iklan ini mengundang kemarahan banyak orang, terutama kaum Yahudi.
Iklan itu sendiri mempromosikan pil diet yang memaparkan sejumlah lelaki kelaparan dengan lokasi di kem mematikan terbesar di Jerman itu. Dalam iklan itu, terpampang tulisan,”Satu, Dua, Tiga, pil pelangsing Dr Mengele sangat berkesan untuk anda! Tak ada lagi orang gemuk di Buchenwald!”
Reaksi paling keras datang dari organisasi Yahudi. Mereka mengecam iklan di Eesti Ekspress yang diletakkan di bahagian jenaka surat khabar itu. ”Iklan ini amat mengelirukan dengan mengorbankan jutaan mangsa korban Nazi,” ungkap Efraim Zuroff dari Pusat Simon Wiesenthal, Jerusalem.
Alla Jakobson, jurucakap komuniti Yahudi Estonia, berkata, insiden itu menunjukkan masyarakat Estonia mengalami masalah besar dalam moral dan nilai etika. – Giler Kentang
Read More..