Tampilkan postingan dengan label tiada. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label tiada. Tampilkan semua postingan

Mesti baca Biarkan anakku tertawa sebelum tahu ibunya tiada

Jumat, 07 Februari 2014


Suatu petang ketika orang ramai sedang sibuk untuk segera pulang kerumah masing-masing setelah melakukan tugas pekerjaan merela, terlihat seorang bapak dengan 3 anaknya yang masih kecil sedang bermain-main.Mereka sedang menunggu datangnya bas yang sebentar lagi akan membawa mereka pulang.

Ketiga anak itu berusia antara 8,5 dan 3 tahun.Anak terkecil bagaikan seorang putri,ia begitu cantik dalam dakapan sang bapak.sedangkan kedua anak lainya yang lelakinya sedang asyik bermain kesana kemari.

Tibalah saatnya bas yang ditunggu datang.para penumpang pun seperti robot yang diperintahkan sama bergegas menuju pintu masuk kedalam bas,termasuk sang bapak dan ketiga-tiga anaknya.kemudian keluarga itu dapat duduk di kerusi yang disusun seperti kereta api .Lalu anak laki-lakinya beranjak dari kerusinya dan bermain sembunyi-sembunyi di celah-celah tubuh orang dewasa yang sebahagian besar mengisi ruang bas itu.mereka sambil berteriak gembira.

Terlihat beberapa penumpang yang wajahnya menjadi begitu muram.Mereka merasa tidak nyaman dengan keadaan itu.hingga akhirnya ada seorang penumpang lelaki yang terus menyatakan protesnya ke sang bapak,"Pak,tolong anaknya dilarang bermain,disini penumpang juga ingin tenang,sudah penat bekerja,kami terasa terganggu!!".Lalu sang bapak sambil menggendong putrinya pun menjawabnya dengan senyum,"Maaf ya encik?Ibu mereka baru saja meninggal tadi ini di hospital dan saya belum memberitahu hal ini ke mereka.Nanti sampai rumah saya akan mengatakannya,biarlah mereka merasakan kegembiraan yang menjadi hak mereka kerana saya merasa mereka akan banyak kehilangan kegembiraan setelah tahu bahwa ibu yang biasa mengasuh mereka dan menyayangi mereka setiap waktu sudah tidak bersama mereka lagi selamanya,,encik tidak keberatan kah,kalau mereka bermain sebentar saja di bas ini?".

Mendengar apa yang dikatakan sang bapak,sebahagian penumpang yang mendengarnya lalu terdiam dan merenung,termasuk lelaki yang baru saja memperotes dengan tegas .Tiba-tiba mereka teringat akan kasih sayang dan kesalahan yang pernah mereka perbuat kepada ibu mereka.
Diam-diam ada diantara mereka yang menggambil handphone di kocek seluarnya,lalu jari membuat baris kalimat "Ibu apa khabar?Besok pagi saya mahu pulang menjenguk ibu.maafkan segala kesalahan saya,ibu"
Kemudian dia mengirimkan sms itu ke nomBor ibunya,dan berharap dia masih diberi kesempatan untuk berjumpa dengan ibunya esok..

Kredit borakkosong
Read More..

Kempen kibar Jalur Gemilang tiada sambutan

Rabu, 25 Desember 2013

  Harakahdaily

Rizal Tahir, 30 Ogs 2012
KOTA BHARU: Sehingga hari ini, kempen kerajaan Pusat supaya rakyat mengibarkan Jalur Gemilang tidak mendapat tempat di hati masyarakat, temasuk di Kelantan.

Walaupun sambutan kemerdekaan negara bakal disambut esok, namun rakyat masih tidak berminat untuk berbuat demikian.

Perkara itu berlaku akibat kerajaan sendiri mempolitikkan kempen sambutan Hari Kemerdekaan Negara ke-55.

Ketua Penerangan PAS Kelantan, Dr Mohamed Fadzli Hassan, berkata walaupun kempen berkenaan telah lama dibuat, termasuk tema Janji Ditepat, namun saat-saat akhir ini ianya masih tidak mendapat tempat di hati rakyat Kelantan.

“Rakyat menganggap mengibarkan jalur gemilang seumpama mengibar bendera Umno.

“Mereka bukan tidak mahu mengibarkan jalur gemilang apa lagi menyambutnya kerana ianya kemerdekaan Negara kita,”ujarnya.

Tetapi, tambahnya kerana kerajaan promosi Umno, kerajaan juga mengajar rakyat kemerdekaan negara seolah-olah merayakan Umno, mereka langsung tidak berminat untuk mengambil bahagian.

Katanya, sambutan dingin rakyat untuk mengibarkan jalur gemilang itu paling ketara tahun ini.

Beliau bagaimanapun berkata kerajaan negeri tetap akan mengadakan secara rasmi mengikut garis panduan yang betul, iaitu esok.

Katanya, kerana itu kerajaan negeri sendiri tidak mengadakan sambutan diambang kemerdekaan sebagaimana biasa, kerana ianya seolah-olah mengikut rentak Umno untuk ‘celebrate’ parti itu.

“Berlainan pula di peringkat parti, kita akan mengadakan program sambutan kemerdekaan negara nanti dengan cara yang betul,” ujarnya.

Menurutnya, PAS akan mengajak semua lapisan masyarakat menyambut hari kemerdekaan negara yang bakal dianjurkan nanti dengan mendedahkan tokoh-tokoh kemerdekaan.

Jelasnya, para ulama, termasuk Tok Janggut adalah antara mereka yang memperjuangkan tanah air.

“Ini yang perlu kita tonjolkan di samping pameran-pameran berhubung pejuang kemerdekaan negara sebenar,” ujarnya.

Beliau juga turut melahirkan rasa kesal kerana rakyat diminta membalas budi parti itu khususnya dalam lirik lagu ‘Janji Ditepati;.

Katanya, kerajaan tidak perlu berbuat demikian kerana tanggungjawab kerajaan menjaga kebajikan rakyat dan tidak perlu mengungkit semata-mata untuk mendapat perhatian mereka.
Read More..

RUMAH PENYOKONG KUAT UMNO DILANDA BANJIR TIADA SEORANG PUN SUKARELAWAN UMNO DATANG MEMBANTU!!!!!!

Selasa, 24 Desember 2013

BIARKAN GAMBAR BERBICARA SEBAGAI SAKSI.

Bukan nak mengata atau mencaci, tetapi rakaman gambar sebagai saksi bukan cakap pakai air liur basi.

Rumah seorang penyokong kuat UMNO sampai ketulang sonsom, dilanda banjir tetapi tiada seorang pun sukarelawan maupun wakil UMNO tempatan datang memberikan bantuan.

Terkial-kialah dia keseorangan menyelamatkan harta bendanya.

Punyalah kuat mamat ni menyokong padu abadi UMNO sampaikan rumahnya dikibarkan bendera UMNO dan BN...Rumah para pemimpin UMNO pun sukar nak cari yang kibarkan bendera UMNO dan BN.

Tapi nasibnya cukup malang...bila ditimpa kesusahan dan bencana tiada nampak kelibat mana-mana pemimpin UMNO maupun sukarelwan Pemuda UMNO datang menghulurkan bantuan.

Inilah nasib yang menimpa seorang penyokong totok kuat UMNO... KESIANNNNN.....

Sampai hati para pemimpin UMNO layan simamat ni...cukup-cukup tidak berhati perut betullah UMNO ni.


Masa nak minta sokongan pandai para pemimpin UMNO cari beliau.. masa beliau memerlukan bantuan tenaga terus kemana mereka menghilang... Bayang pun tak nampak!!!..

Pernah ada orang lama berkata.. kalau UMNO boleh buat kawan... kerbau boleh panjat pokok kelapa!!!
Read More..