Tampilkan postingan dengan label tak. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label tak. Tampilkan semua postingan
Rupanya Johan Dan Zizan Dah Hampir SETAHUN Tak Jumpa…
Kamis, 06 Maret 2014

KESERASIAN dan keakraban dua pelawak terkenal tanah air, Johan dan Zizan Razak, sememangnya diketahui umum sejak dahulu lagi.
Malah, dek kerana gandingan mereka yang cukup menjadi menerusi singkatan Jozan membuatkan keduanya mengecap tahap populariti yang cukup membanggakan.
Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini dapat dilihat kedua-dua bintang Raja Lawak ini lebih senang bergerak secara solo tanpa pasangan masing-masing sehingga timbul desas desus mengatakan kedua pelawak ini telah bergaduh dan membawa haluan masing-masing.
Namun, perkara itu segera dinafikan oleh Johan atau nama sebenarnya Muhammad Yazid Lim Muhammad Aziz.
“Kami bukan bergaduh, kami berselisih pendapat saja tetapi perkara itu berlaku hanyalah ketika kami dalam waktu bekerja.
“Perselisihan pendapat itu terjadi disebabkan waktu itu terdapat percanggahan idea di antara kami.
“Bagaimanapun, dengan perselisihan pendapat itulah yang memberikan kesan terbaik dalam persembahan kami dan perkara itu selesai setelah waktu bekerja tamat,” katanya pada media ketika ditemui selepas pelancaran drama bersiri kanak-kanak, Elly & Epit, baru-baru ini.
Johan yang ditemani isterinya, Ozlyn Wati memberitahu, kesibukan dengan aktiviti seni masing-masing menjadi punca mengapa mereka kini dilihat tidak bersama lagi.
“Dia sibuk dengan kerja dia dan saya sibuk dengan kerja saya. Walaupun begitu, kami saling menyokong di antara satu sama lain,” katanya.
Mengenai dakwaan bahawa ada pihak yang sengaja melaga-lagakannya dengan Zizan, Johan memberitahu dia tidak mampu untuk menghalang pihak berkenaan daripada bersuara.
“Semua orang ada hak untuk bersuara. Jadi, kita dengar saja. Jangan melenting atau melawan, sebaliknya hadapinya dengan tenang.
“Mungkin, kami pun dah tahu siapa punya angkara dan sebab musababnya pihak berkenaan berbuat demikian.
“Tapi, kami menganggapnya sebagai satu pembelajaran dan pengalaman apatah lagi kami juga masih baru dalam industri ini,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, dia tetap menghormati pihak berkenaan memandangkan dia adalah orang lama dalam industri seni.
Begitu pun, Johan memberitahu, dia menganggap segala apa yang terjadi adalah satu kritikan yang membina untuk membawa Jozan lebih maju ke hadapan.
“Terus terang saya cakap, saya malas nak layan gosip-gosip yang bersifat mengecam atau menghentam kerana ia langsung tidak membantu apa-apa.
“Lebih baik fokus pada kerjaya, cuma ia terpulang pada individu itu bagaimana nak mengatasinya.
“Tapi, apa yang penting, kami ambil iktibar daripada apa yang terjadi,” katanya.
KEJUTAN DI AF2013
Lantaran hampir setahun tidak bertemu dengan rakan baiknya itu, Johan akhirnya membuat kejutan apabila muncul di pentas akhir konsert Akademi Fantasia 2013 (AF2013), baru-baru ini.
Ternyata, kejutan yang dilakukan oleh Johan itu benar-benar membuatkan Zizan berasa terharu.
“Sebenarnya, dua minggu sebelum finale AF2013, dia nak curi masa untuk berjumpa dengan saya di program Super Spontan, tetapi pihak produksi tidak melepaskannya.
“Saya tahu mengenai perkara itu dan saya anggap itu ialah usahanya untuk berjumpa dengan saya tapi tidak kesampaian.
“Jadi, apa salahnya saya yang kebetulan sudah habis program untuk Super Spontan berusaha pula untuk berjumpa dengannya.
“Alhamdulillah, dengan bantuan rakan-rakan lain, kejutan yang saya nak buat untuknya itu akhirnya berjaya dilakukan,” jelasnya sambil memberitahu Zizan sudah menganggap dirinya sebagai abang dalam industri seni ini.
Walaupun kini sibuk dengan jadual seni masing-masing, namun Johan mahupun Zizan berhasrat untuk mengadakan satu teater muzikal khas buat peminat Jozan iaitu Jozan The Musical di Istana Budaya, tahun hadapan.
Kata Johan, bukan hanya sekadar Jozan yang akan beraksi sebaliknya teater ini juga akan dimeriahkan dengan artis-artis lain.
“Semuanya masih lagi dalam peringkat perbincangan tetapi memang kami lakukan untuk peminat Jozan.
“Ia bukanlah nak membuktikan pada sesiapa sebaliknya ini adalah untuk peminat kami yang rindukan gabungan Jozan di atas pentas,” katanya yang kini masih sibuk menjadi DJ di stesen radio ERA selain tampil sebagai hos dalam rancangan Proaganza bergandingan dengan Marsha Milan Londoh.
Setia dengan Elly & Epit
Selain menjadi pengacara Propaganza, Johan turut muncul kembali dalam drama bersiri kanak-kanak popular, Elly & Epit bagi musim kedua.
Kesinambungan dari musim pertama, menyaksikan Johan masih lagi menjadi teraju utama drama tersebut dengan memegang watak sebagai Johari atau Abang Joe seorang ‘suri rumah’ yang relaks, mempunyai perniagaan kek cawan dan suka membuat lawak.
Dia bagaimanapun meluahkan rasa keseronokannya kerana dapat bekerjasama sekali lagi dengan pelakon cilik yang lain.
“Saya seronok terbabit dengan mereka kerana kami sudah kenal di antara satu sama lain.
“Saya akui, untuk musim kedua ini, ia jauh lebih santai kerana masing-masing sudah semakin membesar dan matang dalam melontarkan dialog,” katanya.
Kata Johan, drama bersiri Elly & Epit pernah memenangi Siri Komedi Terbaik pada Anugerah Skrin 2012 membuktikan bahawa semua pelakon dalam drama ini adalah seorang ahli komedi.
“Kemenangan itu adalah di luar jangkaan. Saya dapat rasakan semua pelakon adalah pelawak. Itu yang membuatkan cerita ini kelakar.
“Pelawak yang saya maksudkan adalah lawak tahap kanak-kanak. Tidak dinafikan, kanak-kanak memang suka menonton rancangan ini. Begitu juga anak saya.
“Saya mengharapkan agar untuk musim yang baru ini, ia tetap mendapat sambutan yang memberangsangkan dari peminat di luar sana,” katanya. – SINAR HARIAN
“Anda tak boleh membandingkan Ferrari dengan Porsch kata Ronaldo kerana dia sering dibandingkan dengan Messie
Senin, 30 Desember 2013
Cristiano Ronaldo: Saya Lelah Dibandingkan Dengan Lionel Messi

Cristiano Ronaldo mengaku lelah dibandingkan dengan Lionel Messi. Baginya, ia dan King Leo adalah dua pemain dengan gaya berbeda.
Sejak diboyong Real Madrid dengan harga 94 juta Euro pada musim 2009-10, Cristiano Ronaldo tak pernah berhenti mencetak gol. Ia selalu haus membobol gawang lawan.
Tengok saja jumlah golnya di seluruh kompetisi bersama Real Madrid hanya dalam tiga tahun: mencapai 146 gol hanya dalam 144 pertandingan. CR7 mampu menggasak gawang lawan 112 kali hanya dalam 101 penampilan di liga domestik.
Musim ini, 46 gol Ronaldo di liga adalah hal fantastis. Namun, terlihat sedikit minor dengan perolehan gol Lionel Messi yang mencapai 50 gol. Kebetulan keduanya sama-sama menjadi eksekutor penalti baik bagi Real Madrid maupun Barcelona.
Nah, apa kata Cristiano Ronaldo tentang media yang senantiasa membandingkan dirinya dengan King Leo?
Katanya untuk CNN World Sport, “Kadang hal ini membuat saya lelah. (Pastinya) demikian juga untuk Messi karena media selalu membandingkan kami setiap waktu.”
“Anda tidak bisa membandingkan Ferrari dengan Porsche kerana keduanya memiliki mesin berbeda. Messi melakukan yang terbaik untuk Barcelona, saya melakukan hal yang sama pula untuk Real Madrid. Untuk jumlah gol (yang kami buat), semua orang berkata “luar biasa”. Bagi Messi dan saya, memecahkan rekor pribadi, jelas hal yang luar biasa.”
Ya, pada dasarnya King Leo dan CR7 memang memiliki gaya berbeda. Lionel Messi adalah seorang pemain lincah, dengan skill individu terbaik di masanya, dan akan membuat semua bek lawan bertekuk lutut sebelum tarian demi tariannya berbuah gol cantik.
Cristiano Ronaldo sendiri, boleh mencetak gol dari semua anggota tubuhnya. Kaki kiri dan kanannya sama kuat, sementara tandukannya tak kalah mematikan. Urusan daya jelajah dan ketahanan fisik, tak ada penyerang sekomplet CR7.

Lalu, bagaimana dengan keberhasilan Real Madrid memenangi La Liga yang pertama dalam empat tahun terakhir —plus dengan 100 poin—? Bagi Ronaldo, ia begitu bahagia kerana ini kali pertama pula ia mempersembahkan gelar juara liga untuk Los Blancos. Musim lalu, CR7 hanya mampu memberikan gelar Piala Raja (Copa del Rey) setelah membekap Barcelona 1-0 di final.
Kebahagiaan Ronaldo semakin lengkap kerana Real Madrid mampu menyudahi perlawanan Barcelona dengan jarak 9 angka. “Bagi saya, Liga Sepanyol adalah liga tersulit di dunia. Bersaing dengan Barcelona, seperti yang diketahui semua orang, begitu sulit. Namun, kami mampu memukul mereka.”
osseram
sumber
Tips Sukses Jualan dari CEO yang Tak Suka Dagang
Rabu, 27 November 2013
Tips Sukses Jualan dari CEO yang Tak Suka Dagang - Siapa bilang menjadi Chief Executive Officer (CEO) berarti juga berbakat dalam menawarkan produk? Ternyata tak semua CEO mampu menjual produk dengan baik pada para konsumen. Meski demikian, setiap CEO harus mampu mempengaruhi dan merayu konsumen.

Seperti dilansir dari Inc.com, Kamis (15/8/2013), pakar penjualan serta pemilik Hunt Big Sales Tom Searchy mengungkapkan setiap CEO juga berperan sebagai salesman dalam penjualan produknya. Dengan demikian, dia pun harus pandai menawarkan produk pada para konsumennya.
Searchy yang telah membantu banyak kliennya dalam urusan penjualan mengungkap beberapa tips menjual produk yang harus dipelajari para CEO. Berikut enam tips dari para CEO yang tak suka menawarkan produknya secara langsung:
1. Buat hasil yang berbeda
Sampaikan pada target penjualan Anda jika dirinya membeli produk yang Anda tawarkan. Jelaskan alasan yang tepat kenapa dirinya akan memperoleh hasil yang berbeda lewat produk Anda. Dari 90% kasus penjualan, pilihan konsumen tidak tergantung pada Anda dan pesaing melainkan antara Anda dan masalah yang tengah dialaminya.
Seperti yang ditulis Searcy dalam bukunya, sukses menjual bukan soal menghasilkan uang. Namun berhasilnya penjualan tergantung dari bagaimana cara Anda membuat produk Anda memberikan hasil yang berbeda.
2. Jelaskan produk Anda secara sederhana
Saat menjelaskan produk Anda pada calon pembeli, sampaikan secara sederhana hingga anak kecil pun bisa memahami penjelasan Anda. Lebih keren lagi jika Anda bisa membuat calon pembeli penasaran dan meminta Anda menjelaskan lebih rinci lagi. Waktu penyampaian yang tidak terlalu lama juga bisa membuat para konsumen tertarik.
3. Buat produk Anda meyakinkan di mata konsumen
Saat menawarkan produk, Anda juga harus menyentuh perasaan para pembeli. Pastikan produk Anda merupakan barang yang tepat untuk dibeli. Membuat para konsumen yakin bisa ditunjukan lewat contoh lansung, atau para konsumen lain yan berhasil menggunakan produk Anda.
4. Buat produk Anda menarik
Anda harus membantu mengurangi risiko produk yang dijual di hadapan para konsumen. Selain itu, tunjukkan bahwa produk Anda mudah untuk diterapkan. Cara Anda menyampaikan juga akan menentukan ketertarikan konsumen terhadap produk Anda.
5. Pahami kondisi konsumen
Seberapa cepat Anda bisa mendemonstrasikan produk Anda dan segala kelebihannya? Nyatanya, setiap konsumen akan menilai suatu produk juga dari waktu, uang dan risikonya. Anda harus menghubungkan produk Anda dengan tolak ukur pribadi para calon pembeli untuk mempengaruhinya.
6. Tentukan target penjualan dan wujudkan
Tentukan tujuan dan tahapan yang jelas dalam mencapai target penjualan. Identifikasi terlebih dahulu hambatan yang akan dihadapi sebelum melanjutkan ke tahapan berikutnya. Pastikan Anda mengatasi seluruh hambatan tersebut
Langganan:
Postingan (Atom)