Tampilkan postingan dengan label malaysia. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label malaysia. Tampilkan semua postingan

Obama Tunda Lawatan Ke Malaysia Najib

Selasa, 24 Desember 2013


SEPANG – Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama menunda lawatan kerjanya ke Malaysia berikutan penutupan operasi pentadbiran kerajaannya semalam.

Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada sidang media selepas merasmikan Pelancaran Pembinaan Hangar Kedua Pusat Penyelenggaraan dan Baikpulih (MRO) Pesawat Airbus Serantau dan Kemudahan Perkhidmatan Pelanggan Airbus di pekarangan bangunan Kejuruteraan Pesawat Sepang di sini, sebentar tadi.

“Pagi tadi, saya mendapat panggilan telefon daripada Presiden Obama sendiri mengenai perkara ini. Beliau melahirkan rasa dukacitanya tidak dapat hadir ke negara ini berikutan keadaan domestik negara itu yang tidak menentu.

“Bagaimanapun, Setiausaha AS dan beberapa wakil kerajaan akan mewakili presiden ke negara ini. Namun, beliau tetap berhasrat untuk datang melawat Malaysia pada satu tarikh yang akan diumumkan kelak,” katanya. – BHarian
Read More..

Ulamak Arab Saudi Puji Tindakan Kerajaan Malaysia

Selasa, 17 Desember 2013


Ulamak Arab Saudi memuji tindakan kerajaan Malaysia dalam mempertahankan kalimah Allah daripada digunakan secara salah oleh pihak Kristian.

Dalam kes ini pihak penerbitan majalah The Herald dilarang daripada menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan mereka seperti yang dimohon oleh mereka.

Ia dihalang bagi mengelakkan penggunaan kalimah Allah di dalam penerbitan itu bakal menimbulkan kekeliruan dalam kalangan umat Islam di Malaysia.

Pengiktirafan itu dibuat oleh Anggota Lajnah Daimah Untuk Kajian Ilmiah dan Fatwa Syaikh Abdullah Muhammad Al-Khinin ketika menjawab satu soalan dari pelajar Malaysia yang menuntut di Universiti Islam Madinah pada 14 Januari lalu.

“Alhamdulilah, kami baru bertanyakan kepada Syaikh berkenaan isu terjemahan kalimah Allah di dalam Bible,” kata pelajar itu.


Menurut Syaikh Abdullah Muhammad, Tindakan kerajaan jika bertujuan untuk menyekat penyalahgunaannya oleh orang bukan Islam, maka ianya tindakan yang tepat.

Selain itu, bagi kerajaan Arab Saudi berkata tidak boleh bagi sebuah kerajaan Islam membenarkan kaum Kristian menyebarkan kitab suci mereka.

“Tidak boleh bagi sebuah kerajaan Islam untuk membenarkan kaum Kristian mencetak, menterjemah dan menyebar kitab suci mereka kerana ia sudah mansukh, wajib beramal dengan Al-Quran sahaja,” katanya.
Read More..